Asal-usul istilah Daerah_lampu_merah

Soi Cowboy, Thailand

Secara tradisional, lampu merah digunakan pada papan tanda rumah lacur. Menurut Kamus Bahasa Inggeris Oxford, penggunaan istilah "red light district" (daerah lampu merah) terawal dalam media cetak ialah dalam rencana tahun 1894 dari akhbar The Sandusky Register, sebuah akhbar di Sandusky, Ohio.[1] Terdapat juga cerita dongeng yang mengatakan kononnya pekerja landasan kereta api terawal membawa bersama tanglung berwarna merah semasa mereka mengunjugi rumah lacur supaya kru mereka boleh menemui mereka semasa kecemasan. Namun, pakar cerita rakyat Barbara Mikkelson dari snopes.com menyatakan bahawa cerita dongeng tersebut tidak berasas sama sekali.[3]

Salah satu istilah yang digunakan bagi merujuk kepada daerah lampu merah dalam Bahasa Jepun ialah akasen (赤線), dengan makna harfiah "garisan merah." (jangan terkeliru dengan istilah sama dalam bidang automotif). Pihak polis Jepun melakar garisan merah pada peta untuk menandakan daerah lampu merah yang sah di sisi undang-undang Jepun. Dalam Bahasa Jepun, istilah aosen (青線), secara harfiahnya bermaksud "garisan biru," menandakan daerah lampu merah haram.